Monday 18 February 2013

Kisah KITA..


Bismilllahirahmanirahim dan assalamualaikum..

Tibalah masanya untuk meng'update' blog sendiri di awal-awal sem ini.
Alkisahnya nak pot pet pot pet sedikit tentang apa yang dibuat sepanjang
cuti semester haritu. Hahaha, mungkin kekawan dah tahu yang saya dengan 
rasminya telah sah bergelar isteri kepada encik suami tersayang iaitu Mohd Hafizan pada
24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 yang lalu. Majlis resepsi 
pulak pada 26 Januari 2013 dan kedua-dua majlis ini diadakan di teratak 
pengantin perempuan di Terengganu...(rumah saya la tu... :B )

Yang kat bawah ini antara moments yang tak dapat dilupakan sepanjang 
majlis berlangsung..khas buat tatapan kawan2 dan saudara-mara yang tak dapat datang 
sewaktu majlis tempoh hari..

Aku terima nikahnya...
Alhamdulillah..

Wajah ceria setelah selesai akad..Happynya dia..
Abang, didiklah saya untuk jadi isteri yang terbaik buat abang..

Nie anak saudara sebelah hubby..yang nie sorang je nak bergambar dengan maksu dia, lagi 2 orang malu2..

Yang ini pulak gambar masa resepsi..

cantik tak cincin kita?? ^^




Sebelah kiri dan kanan tu dua2 kawan hubby..datang jauh dari Lumut, terima kasih..
Abang nie...hehe..yang pakai tudung hitam tu mak hubby kita..

Sibuk-sibuk layan tetamu, sempat jugak outdoor photoshoot kat pantai
walaupun sekejap..


yang ini outdoor dekat Pantai Penarik, Setiu

:)
Nie la orang yang duk shoot saya sana sini sepanjang majlis..Ariff namanya..orang baru dalam dunia fotografi tapi saya beri dia peluang untuk jadi my OP sepanjang majlis walaupun pada awalnya dia macam tak berapa yakin..yang sebelah tu makwe dia.. ^^

yang nie cikgu saya..yang sebelah saya tu sponsorkan cuppies yang comel for my wedding..^^
Ramai yang bertanya mana saya dapat duit untuk majlis kahwin..family bukannya orang berada, tengah study pulak tu..sebenarnya ada hikmah disebalik pernikahan di usia saya yang muda nie..
21 kira muda lagi la kan..
Alhamdulillah mungkin rezeki kahwin awal..ramai yang bagi sponsor pada saya..
terima kasih semua..

Alhamdulillah..akhirnya kami disatukan dengan ikatan yang sah..dan saya amat bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan yang paling penting memahami saya sebagai seorang student..terima kasih sayang..sayang awak tau.. ^^

Terima kasih untuk semua terutama sekali hubby tersayang, pakcik makcik yang rewang berhari-hari sepanjang kenduri, pelamin + baju + mekap yang cantik dari Zaiza Bridal, my photografer Ariff, buat kekawan yang sanggup datang dari jauh dan semua yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan 
saya ini..

Doakan kebahagian kami berkekalan hingga ke syurga..sekian, wassalam..



Sunday 30 December 2012

Walimatul Urus Rabiatul & Hafizan..


Assalamualaikum..

Rasa macam tak percaya bulan depan dah nak kahwin..hehe..So far, preparation banyak yang dah siap..permohonan kahwin pun dah diluluskan..Cuma kad kahwin je yang bermasalah sedikit..Pantai timur kan tengah musim tengkujuh sekarang nie..Nak dijadikan cerita, lencun semua kad kahwin saya..hanyut entah ke mana-mana..Tapi nasib baik hanyut masa kad-kad tu still lagi kat kedai..So akak tu dah setuju nak buat baru..and of course la free of charge kannnn....Dek kerana sibuk ngan study week, my cousin yang tempahkan kad-kad tu untuk saya..Tak kesahlah macam mana designnya..I ok jerr.. ^^ Thanks bebanyak, Mira...

Bila fikir-fikir balik macam tak percaya yang tak lama lagi saya akan bergelar isteri orang..maka dengan rasminya, no more title Cik ok..tapi usia baru 20, muda lagi kan..*perasan muda..Tapi tak salah pun kahwin awal..Boleh elakkan maksiat dan yang paling penting, kita mestilah ready dari segenap aspek sebelum bergelar suami/isteri..Agama paling penting ye..

Ada yang bertanya saya punya wedding tema apa..actually pening nak men’decide’ tema tu..maklumlah tak pernah ada pengalaman, hehe..nak dijadikan cerita, dulu kemain decide nak tema biru+pink..pastu terpaksa cancel sebab...................jeng jeng jeng, bak kata Tok Ti “biarlah rahsia“ye..at last, ungu+pink jugak yang jadi pilihan..so on that day, saya akan pakai baju colour ungu dan pink..so kepada guests yang telah dijemput, bolehlah start cari baju yang kena dengan tema saya ye..kalo tak, tak dapat makan..haha..sekadar bergurau sahaja, harap takde yang terasa ye..

Insya Allah jika tiada yang menghalang, majlis akad nikah akan diadakan pada 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 Masihi..Ambil berkat sempena Maulidur Rasul..Kemudian, majlis resepsi akan diadakan pada 26 Januari 2013 di teratak saya di Kampung Guntong Dalam, Setiu, Terengganu..Majlis resepsi serba sederhana, sekadar majlis kesyukuran sahaja..Pastu, majlis bertandang pulak akan diadakan pada 28 Januari 2013..hah, di mana???depan rumah saya je..jiran la katakan.. J

Doakan kebahagiaan kami dunia akhirat..tabahkanlah hati kami berdua dalam menempuh alam rumahtangga..Sekian, wassalam..

Saturday 1 December 2012

Kahwin awal..sediakah aku???


Berhabuk doh blog ni. Lamo doh dok buko. Takdok idea nok menulis, hehe.. Arini dah masuk bulan 12 so maknanya tak lama lagi Januari akan bertandang. Tak sabar menanti Januari sebab banyak benda nak kena settle awal tahun depan. 

Pertama sekali, berperanglah aku dengan paper final exam for this semester. Berdebor jugak ni tapi takleh nak ngelak lagi dah. Dah namanya pun student, buat la macam student. Terimalah hakikat tu ye.. Bukan saya sorang je ambik exam. Orang lain pun sama. Bagi yang bergelar student laa...

Kedua, ni yang paling ditunggu-tunggu. My WEDDING.. *perlu ke caps lock???hahaaaha.. Tak lama lagi akan bergelar isterilah saya. Preparation banyak yang dah dibuat memandangkan banyak masa dihabiskan kat uni. Awal-awal lagi dah prepare itu ini. Bukan terlalu excited but untuk menyenangkan masa dopan.. Idok ler macam orang tak betul nanti jadinya gara-gara itu ini tak settle. Better settlekan awal-awal. Tak salah pun.

Apo yang nak dihighlight kat cini, sebenarnya pasal my decision untuk KAHWIN AWAL. Dah macam fenomena kan sekarang. Ramai yang kahwin awal but Alhamdulillah sebab mereka-mereka yang berkenaan tu dah memilih jalan HALAL untuk bercinta. Sama macam saya dan bakal suami. Tu adalah salah satu sebab kenapa saya nak kahwin awal. Memilih jalan HALAL UNTUK BERCINTA. Thanks a lot to my parents yang bagi izin walaupun anaknya ni baru second year. Satu cabaran buat saya sebenarnya. Bukan senang kerana perkahwinan yang bakal dibina nanti adalah perhubungan jarak jauh. Suami di sana, saya disini. And saya pulak masih lagi bergelar student. Full time student.

Ramai kekawan yang cakap saya nie beruntung sebab muda2 lagi dah nak jadi isteri orang. Alhamdulillah, Allah mendengar permintaan saya. Memang saya berhajat untuk mendirikan rumahtangga  pada usia muda kalau ada yang datang meminang, hehee. Ramai jugak yang tanya macam mana saya kenal bakal suami saya. Member2 rapat ramai yang dah tahu. Pada mulanya ingat nak rahsiakan, tapi dah terlanjur cerita. But it's okay. Sekadar berkongsi cerita dengan kawan. Berkongsi kebahagian.

Setakat ni saje dulu untuk kali ini. Next entry akan menyusul. Antara cepat atau lambat je. And more story mori about my experiences sebelum bergelar PUAN.. 

                                               Sekian, assalamualaikum..
                                                Love till Jannah, Amin..



Tuesday 22 November 2011

Jiwa kacau!!ape nak buat??

Biasa la kan..kita nie manusia biasa je..tiba2 hati nie rasa tak tenang malam nie..rasa macam ada yang tak kena je..tapi bila difikirkan balik semua nie salah aku jugak sebab suka sangat fikir bukan2..pastu mula la bising bila fikiran nie tiba2 je rasa bercelaru..macam2 benda yang difikirkan..adoii jiwa kacau nih..

Haa pernah tak lalui situasi nie?tipu kalo cakap tak pernah..betul tak??betul3..heheee :) gurauan semata-mata..

Emmm sekarang meh nak tanya sikit..kalau hati kita x tenang apa kita kena buat??setengah orang akan jawab, "alaaa pe susah..fb kan ada..post jela.."emm cuba imbau kembali hidup kita nie..dari mana kita datang sebenarnya..kadang2 aku rasa macam nak ngamuk je bila ada orang luah perasaan lebih2 kat fb..bukan tak boleh tapi rasanya bukan fb tempat pertama korang nak luahkan perasaan..*maaf sesangat kalo kata2 nie terlalu kasar n kalo ada yang terasa..tapi sebaiknya kalo ada pape yang mengganggu jiwa dan fikiran korang cuba luahkan pada yang 1..sape tu??pkwe mkwe ke??bukan..bukan pakwe or makwe korang tapi Allah s.w.t..

Dia yang ciptakan kita semua dan kita semua milik dia..luahkanlah segala masalah korang pada Dia..itu yang sebaiknya..kadang aku sendiri pun buat silap sebab kalo ada masalah selalunya member2 yang jadi orang pertama yang tahu masalah aku..tapi Alhamdulillah ada insan yang telah menyedarkan aku terlebih dahulu sebelum aku tersasar jauh dari jalan yang sebenarnya..terima kasih buat insan tersebut..

Tak salah kalau kita berubah..cuba la jadikan Allah sebagai tempat pertama yang dituju untuk luahkan isi hati korang..tak salah..sesungguhnya Tuhan itu Maha Mendengar dan Memahami..mulai hari ini mulakan cara hidup baru..moga2 kita semua sentiasa diredhai dan diberkati oleh-Nya..wallahualam..

p/s : pesanan buat semua, pesanan buat diri sendiri juga..

Monday 14 November 2011

Badai Semalam..

Emm semalam pi tgok teater Badai Semalam ngan kekawan kat Panggung Sari, Istana Budaya..first time jejak kaki kat lantai IB 2..jakun la sikit tp itulah namanya pengalaman..nasib baik ada En Qadry..dapat la jugak merasa nengok teater kat IB..kalo tak jangan harap..rasanya x perlu la kut nak cite satu persatu pasal teater 2..pe yg boleh aku katakan jalan ceritanya best..betul2 berkisar tentang cinta, cita-cita dan pengorbanan yg dilalui oleh Mazni (Erra Fazira)..emm not bad la..berbaloi la habiskan duit demi teater 2..ditambah pulak ngan pelakon2 hebat..Erra, Aaron (uhuu Aaron pun ada u all), Fizz Fairuz n ramai lagi la..paling aku suka watak Emelda..mulutnya Ya Allah Tuhan je yang tau..kaki ngumpat betul la..tapi pape pun syabas buat Emelda sbb brjaya bawa watak 2 dgn baik sekali..dah namanya pun pelakon mestila pandai berlakon..pe daa..

Ok, now aku nak cite tentang diri aku pulak..malam tadi, memang ngan aku2 sekali terkena badai la..oooo ye ek??emm biasa la..hidup tak selalunya cerah..eh macam lagu pulak..tapi betul la..sebab tu la kita nie kena sentiasa beringat..jangan dah terantuk bru tngadah..terlajak perahu 2 boleh diundur, kalo terlajak kata???fikir-fikirkan la...so lain kali fikir dulu habis2 sebelum bercakap ye..jangan nak ikut sodap mulut je..pastu sampai hari ini still lagi rasa bersalah...kalo la fikiran aku nie macam comp ke xpela jugak..bole main delete2 camtu je.tapi masalahnya sekarang ingatan aku nie takleh nak delete mende 2..so duk tringat2 la sampai hari ni..

Pe boleh buat..doa jela yang terbaik n aku harap sesangat mende nie takkan berulang lagi..dah serik dah..taknak lagi dah mende nie jadi kat aku..

p/s : orang yang berfikir sebelum berkata-kata adalah orang yang bijak..

Saturday 17 September 2011

Tema ape ye?? Mini pelamin??

Salam hari sabtu...

Nothing to do..sekali lagi kebosanan melanda diri..adoiii..tetiba jari jemari i yang halus mulus nie (ok, ada nada perasan disitu ye, hahaaa) terasa gatal pulak nak google jenguk2 sikit pasal tema untuk my engagement day nanti..walaupun tarikhnya tak ditetapkan lagi, tak salahkan kalau aku buat preparation awal2..nanti tak la kelam kabut sangat kan..alang2 tengah heaven giler sekarang nie boleh la aku isi sikit masa aku untuk jenguk2 tema untuk hari bermakna aku nanti..perut tengah lapau, tapi no hal la..korbankan sikit masa aku semata-mata nak update blog nie..

Ikutkan hati, aku nak tema pink putih untuk e day tu nanti..tapi tak bincang lagi dgn bakal tunang i tu..tapi rasanya dia ok je kut..hehee pandai2 je ek..silap2 dia tak suka habis la plan aku..dah2 yang tu lain cerita, boleh settle kemudian..ok tema dah pilih..now nak pilih mini pelamin pulak..yela kan nak jugak ada mini pelamin..lagipun sekarang musim orang tunang ada mini pelamin bagai kan..zaman dah berubah..tapi aku takdelah sampai nak bazir2 duit tempah mini pelamin yang cantik2 tu..sekadar yang termampu sudah..mini pelamin DIY je..lagi murah..lagipun makcik aku boleh tolong..time cousin aku tunang pun dia yang design mini pelamin tu..tadi sempat jenguk2 koleksi mini pelamin dari tepak sireh bridal boutique..cantik2 mini pelaminnya..nak tengok jugak?? klik la kat SINI..

Haa amacam?? cantik2 kan..orang dah cakap tak caye..aku berkenan sesangat kat pelamin Nurin n Zul..cuba tengok betul2 pelamin nikah diorang tu, cantik kan..simple tapi cantik..first time tengok dah fall in love dgn pelamin tu..sweet je..nak yang camni jugak la nanti..so kalau nak kena cepat2 la bagitau cik H tu..*mengadanyaaaa..

Settle sudah satu hal..tema pun dah dipilih..harap2 la menjadi n takde pape yang menghalang..next entry nak tulis pasal hantaran pulak..haii yang tu lagi memeningkan..emm nantok la pulak..nak titow kejap..eh lupa.. belum solat lagi.. =)  dahulukan mana yang lebih penting ye anak2..ok dah2, cukup2 la tu merapu untuk hari nie..undur diri dulu, bubyee  =.=

Bla..bla..bla..

Assalamualaikum..

Tumpang lalu sikit ye adik2 yg cute miut, kakak2 cantik, abang2 handsome..nak update blog sikit nie..hehee..sengal la ko by..takde keja lain ke?jawapannya memang takde..sangat2 la takde keja..hidup boring tahap gaban nie..tak tau nak buat ape lagi dah..balik2 facebook, facebook, facebook..facebook memanjang..kalau la fb 2 ada hati dan perasaan macam kita2 nie agaknya dah meluat sampai termuntah-muntah dia nengok aku nie..lagi2 muka nie je yg duk online 24 jam..amboi2 24 jam u all..honeymoon giler nampak..

Aku sendiri pun dah tak tahan dah dengan semua nie..bila la agaknya nak berakhir..banyak benda lagi yang tak settle..almaklum jela baru je daftar masuk tuk sambung degree..medical check up dah settle, yuran pon dah dibayor..cuma masalahnya sekarang nie tak leh nak daftar kursus..dah penat dah jumpa PA..warning!! bagi yang tak tahu menahu dukacita dimaklumkan ada unsur2 penipuan sedikit di situ ye, hehee..so sekarang nie aku rasa macam PATI..pegi kelas tapi dalam name list nama aku takde pun..adoii..kesian kan??hidup pun dah tak berapa nak betul lagi dah..tension bila pikir pasal hal nie..tapi ape boleh buat..terpaksa turun naik turun naik jumpa orang2 yang berkenaan tuk settlekan hal nie..

Emm entah la..susah nak cakap..dah elok2 dapat course yang aku nak, masalah nie pulak yang timbul..oppss lupa nak mention..now ruby sambung degree dalam bacelor pendidikan sains pertanian..oo bakal cikgu la nie ek??cikgu ruby, cikgu ruby..cumil je kan kalo student panggil camtu kat aku..jom gelak ramai2..hahahahaa..sumpah tipu..sikit pun tak comel..jangan nak perasan lebih ok..wow ayat..tapi takpe la kan..at least tak mengata orang lain..mengata kat diri sendiri jugak..

Ok tak tahu nak tulis ape lagi dah..memang agak memboringkan la post kali nie kan..ketandusan idea sudaaa..aiyooo..takat nie jela dulu..ambo undur diri dulu lah kalu gitu gak..jupo lagi deh adik kakok..assalamualaikum.. =)