Sunday, 30 December 2012

Walimatul Urus Rabiatul & Hafizan..


Assalamualaikum..

Rasa macam tak percaya bulan depan dah nak kahwin..hehe..So far, preparation banyak yang dah siap..permohonan kahwin pun dah diluluskan..Cuma kad kahwin je yang bermasalah sedikit..Pantai timur kan tengah musim tengkujuh sekarang nie..Nak dijadikan cerita, lencun semua kad kahwin saya..hanyut entah ke mana-mana..Tapi nasib baik hanyut masa kad-kad tu still lagi kat kedai..So akak tu dah setuju nak buat baru..and of course la free of charge kannnn....Dek kerana sibuk ngan study week, my cousin yang tempahkan kad-kad tu untuk saya..Tak kesahlah macam mana designnya..I ok jerr.. ^^ Thanks bebanyak, Mira...

Bila fikir-fikir balik macam tak percaya yang tak lama lagi saya akan bergelar isteri orang..maka dengan rasminya, no more title Cik ok..tapi usia baru 20, muda lagi kan..*perasan muda..Tapi tak salah pun kahwin awal..Boleh elakkan maksiat dan yang paling penting, kita mestilah ready dari segenap aspek sebelum bergelar suami/isteri..Agama paling penting ye..

Ada yang bertanya saya punya wedding tema apa..actually pening nak men’decide’ tema tu..maklumlah tak pernah ada pengalaman, hehe..nak dijadikan cerita, dulu kemain decide nak tema biru+pink..pastu terpaksa cancel sebab...................jeng jeng jeng, bak kata Tok Ti “biarlah rahsia“ye..at last, ungu+pink jugak yang jadi pilihan..so on that day, saya akan pakai baju colour ungu dan pink..so kepada guests yang telah dijemput, bolehlah start cari baju yang kena dengan tema saya ye..kalo tak, tak dapat makan..haha..sekadar bergurau sahaja, harap takde yang terasa ye..

Insya Allah jika tiada yang menghalang, majlis akad nikah akan diadakan pada 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 Masihi..Ambil berkat sempena Maulidur Rasul..Kemudian, majlis resepsi akan diadakan pada 26 Januari 2013 di teratak saya di Kampung Guntong Dalam, Setiu, Terengganu..Majlis resepsi serba sederhana, sekadar majlis kesyukuran sahaja..Pastu, majlis bertandang pulak akan diadakan pada 28 Januari 2013..hah, di mana???depan rumah saya je..jiran la katakan.. J

Doakan kebahagiaan kami dunia akhirat..tabahkanlah hati kami berdua dalam menempuh alam rumahtangga..Sekian, wassalam..

No comments:

Post a Comment