Sunday 30 December 2012

Walimatul Urus Rabiatul & Hafizan..


Assalamualaikum..

Rasa macam tak percaya bulan depan dah nak kahwin..hehe..So far, preparation banyak yang dah siap..permohonan kahwin pun dah diluluskan..Cuma kad kahwin je yang bermasalah sedikit..Pantai timur kan tengah musim tengkujuh sekarang nie..Nak dijadikan cerita, lencun semua kad kahwin saya..hanyut entah ke mana-mana..Tapi nasib baik hanyut masa kad-kad tu still lagi kat kedai..So akak tu dah setuju nak buat baru..and of course la free of charge kannnn....Dek kerana sibuk ngan study week, my cousin yang tempahkan kad-kad tu untuk saya..Tak kesahlah macam mana designnya..I ok jerr.. ^^ Thanks bebanyak, Mira...

Bila fikir-fikir balik macam tak percaya yang tak lama lagi saya akan bergelar isteri orang..maka dengan rasminya, no more title Cik ok..tapi usia baru 20, muda lagi kan..*perasan muda..Tapi tak salah pun kahwin awal..Boleh elakkan maksiat dan yang paling penting, kita mestilah ready dari segenap aspek sebelum bergelar suami/isteri..Agama paling penting ye..

Ada yang bertanya saya punya wedding tema apa..actually pening nak men’decide’ tema tu..maklumlah tak pernah ada pengalaman, hehe..nak dijadikan cerita, dulu kemain decide nak tema biru+pink..pastu terpaksa cancel sebab...................jeng jeng jeng, bak kata Tok Ti “biarlah rahsia“ye..at last, ungu+pink jugak yang jadi pilihan..so on that day, saya akan pakai baju colour ungu dan pink..so kepada guests yang telah dijemput, bolehlah start cari baju yang kena dengan tema saya ye..kalo tak, tak dapat makan..haha..sekadar bergurau sahaja, harap takde yang terasa ye..

Insya Allah jika tiada yang menghalang, majlis akad nikah akan diadakan pada 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 Masihi..Ambil berkat sempena Maulidur Rasul..Kemudian, majlis resepsi akan diadakan pada 26 Januari 2013 di teratak saya di Kampung Guntong Dalam, Setiu, Terengganu..Majlis resepsi serba sederhana, sekadar majlis kesyukuran sahaja..Pastu, majlis bertandang pulak akan diadakan pada 28 Januari 2013..hah, di mana???depan rumah saya je..jiran la katakan.. J

Doakan kebahagiaan kami dunia akhirat..tabahkanlah hati kami berdua dalam menempuh alam rumahtangga..Sekian, wassalam..

Saturday 1 December 2012

Kahwin awal..sediakah aku???


Berhabuk doh blog ni. Lamo doh dok buko. Takdok idea nok menulis, hehe.. Arini dah masuk bulan 12 so maknanya tak lama lagi Januari akan bertandang. Tak sabar menanti Januari sebab banyak benda nak kena settle awal tahun depan. 

Pertama sekali, berperanglah aku dengan paper final exam for this semester. Berdebor jugak ni tapi takleh nak ngelak lagi dah. Dah namanya pun student, buat la macam student. Terimalah hakikat tu ye.. Bukan saya sorang je ambik exam. Orang lain pun sama. Bagi yang bergelar student laa...

Kedua, ni yang paling ditunggu-tunggu. My WEDDING.. *perlu ke caps lock???hahaaaha.. Tak lama lagi akan bergelar isterilah saya. Preparation banyak yang dah dibuat memandangkan banyak masa dihabiskan kat uni. Awal-awal lagi dah prepare itu ini. Bukan terlalu excited but untuk menyenangkan masa dopan.. Idok ler macam orang tak betul nanti jadinya gara-gara itu ini tak settle. Better settlekan awal-awal. Tak salah pun.

Apo yang nak dihighlight kat cini, sebenarnya pasal my decision untuk KAHWIN AWAL. Dah macam fenomena kan sekarang. Ramai yang kahwin awal but Alhamdulillah sebab mereka-mereka yang berkenaan tu dah memilih jalan HALAL untuk bercinta. Sama macam saya dan bakal suami. Tu adalah salah satu sebab kenapa saya nak kahwin awal. Memilih jalan HALAL UNTUK BERCINTA. Thanks a lot to my parents yang bagi izin walaupun anaknya ni baru second year. Satu cabaran buat saya sebenarnya. Bukan senang kerana perkahwinan yang bakal dibina nanti adalah perhubungan jarak jauh. Suami di sana, saya disini. And saya pulak masih lagi bergelar student. Full time student.

Ramai kekawan yang cakap saya nie beruntung sebab muda2 lagi dah nak jadi isteri orang. Alhamdulillah, Allah mendengar permintaan saya. Memang saya berhajat untuk mendirikan rumahtangga  pada usia muda kalau ada yang datang meminang, hehee. Ramai jugak yang tanya macam mana saya kenal bakal suami saya. Member2 rapat ramai yang dah tahu. Pada mulanya ingat nak rahsiakan, tapi dah terlanjur cerita. But it's okay. Sekadar berkongsi cerita dengan kawan. Berkongsi kebahagian.

Setakat ni saje dulu untuk kali ini. Next entry akan menyusul. Antara cepat atau lambat je. And more story mori about my experiences sebelum bergelar PUAN.. 

                                               Sekian, assalamualaikum..
                                                Love till Jannah, Amin..