Bismilllahirahmanirahim dan assalamualaikum..
Tibalah masanya untuk meng'update' blog sendiri di awal-awal sem ini.
Alkisahnya nak pot pet pot pet sedikit tentang apa yang dibuat sepanjang
cuti semester haritu. Hahaha, mungkin kekawan dah tahu yang saya dengan
rasminya telah sah bergelar isteri kepada encik suami tersayang iaitu Mohd Hafizan pada
24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 yang lalu. Majlis resepsi
pulak pada 26 Januari 2013 dan kedua-dua majlis ini diadakan di teratak
pengantin perempuan di Terengganu...(rumah saya la tu... :B )
Yang kat bawah ini antara moments yang tak dapat dilupakan sepanjang
majlis berlangsung..khas buat tatapan kawan2 dan saudara-mara yang tak dapat datang
sewaktu majlis tempoh hari..
Aku terima nikahnya... |
Nie anak saudara sebelah hubby..yang nie sorang je nak bergambar dengan maksu dia, lagi 2 orang malu2.. |
Sebelah kiri dan kanan tu dua2 kawan hubby..datang jauh dari Lumut, terima kasih.. |
Abang nie...hehe..yang pakai tudung hitam tu mak hubby kita.. Sibuk-sibuk layan tetamu, sempat jugak outdoor photoshoot kat pantai walaupun sekejap.. |
yang ini outdoor dekat Pantai Penarik, Setiu |
:) |
Nie la orang yang duk shoot saya sana sini sepanjang majlis..Ariff namanya..orang baru dalam dunia fotografi tapi saya beri dia peluang untuk jadi my OP sepanjang majlis walaupun pada awalnya dia macam tak berapa yakin..yang sebelah tu makwe dia.. ^^ |
yang nie cikgu saya..yang sebelah saya tu sponsorkan cuppies yang comel for my wedding..^^ |
21 kira muda lagi la kan..
Alhamdulillah mungkin rezeki kahwin awal..ramai yang bagi sponsor pada saya..
terima kasih semua..
Alhamdulillah..akhirnya kami disatukan dengan ikatan yang sah..dan saya amat bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan yang paling penting memahami saya sebagai seorang student..terima kasih sayang..sayang awak tau.. ^^
Terima kasih untuk semua terutama sekali hubby tersayang, pakcik makcik yang rewang berhari-hari sepanjang kenduri, pelamin + baju + mekap yang cantik dari Zaiza Bridal, my photografer Ariff, buat kekawan yang sanggup datang dari jauh dan semua yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan
saya ini..
Doakan kebahagian kami berkekalan hingga ke syurga..sekian, wassalam..