Hayati lagu nie sambil baca isi hati aku kat bawah tu ye..
Bismillahirahmanirahim..
Satu kalimah yang cukup bermakna dan amat mendalam maknanya..kali nie nak luahkan sikit soal hati dan perasaan yang dah lama terpendam..mesti dapat teka kan..tak lain tak bukan soal cinta..inilah dunia remaja..tapi hati2 la dalam mengawal cinta..cinta tak haram disisi Islam kerana ianya adalah fitrah seorang insan..tapi janganlah memberi cinta pada insan yang salah dan bukan pada jalan yang sebenarnya seperti yang disarankan dalam Islam..
Kisah bermula pada tahun 2003..sekadar kenal tanpa ada perasaan ape2..jumpa pun tak pernah bertegur sapa..kau2 aku2..masing2 buat hal sendiri..tapi takdir telah menetapkan segalanya..4 jan 2011 kira2 8 tahun kemudian *cepatnya masa berlalu..aku terima sms drpd sorang hamba Allah yang tak aku kenali.."Assalamualaikum.."itulah ayat pertama..hati dah start tertanya2..sape la pulak nie anto sms memalam nie..dan dari situlah bermula segalanya..segala yang aku lalui sampai ke hari ini..takdir menentukan aku telah bertemu dengan sang ADAM di simpang hidupku..status fb mula bertukar kpd in a relationship pada 17 Feb 2011 setelah aku dgn mudahnya mendapat izin dr parents aku tuk ber'couple' setelah sang Adam meminta izin dr parents aku..
Pada masa yang sama aku mula mengenali sorang lagi hamba Allah yang cukup banyak mengajar aku tentang erti sebenar aku sebagai sorang yang bergelar Muslim..yang bergelar Muslim bukan hanya pada nama..serba salah dan segala macam salah mula menghantui fikiran aku..mana taknya..join usrah tapi ber'couple'..logik ke tu??couple tu haram kan??apa ertinya aku mendalami erti sebenar Islam kalau sekadar nak main2 dgn agama..subhanallah..langsung tak terlintas di hati kecil aku nak menghina or mencemar kesucian Islam..agak tension la jugak at dat time..
Pertama, aku mintak untuk kurangkan ber'sms'..oh lupa nak kenalkan..cukup sekadar menggelarkan dirinya sbg H..pada mulanya dia seakan2 tak dapat terima keputusan yang aku buat nie..tapi bila aku dah explain semuanya Alhamdulillah akhirnya dia faham dan menerima keputusan aku..syukur..kurangkan ber'sms'??kiranya sms la jugakkan..dosa tetap dosa..lagi sekali aku bingung..apa patut aku buat..setiap kali aku solat hati rasa tak tenang sebab selalu fikir pasal hal nie..rasa diri penuh dengan dosa..
Tapi aku cuba yang terbaik..aku tahu Allah sentiasa bersama hambanya..serious aku cakap, tak tahu nak mengadu kat sape..dah penat fikir last2 aku ambik jalan terakhir tuk settle masalah nie.."ISTIKARAHLAH"..iye, itu yang terbaik..
Aku cuma mengharapkan yang terbaik untuk aku..niat aku hanya 1..ya Allah, berilah petunjuk untuk aku mengharungi semua ini..Tuhan tak pernah zalim dgn hambanya..1 hari yang aku sendiri tak duga, H meluahkan hasrat hatinya tuk meminang aku..hati aku tetap meragui kejujuran dia..nak cakap ape nie..fikir punya fikir last2 terlintas di hati aku..terus aku bagitau H.."kalo berani, mintak sendiri dengan mak"..H setuju dgn keputusan aku..parents aku dgn rela hatinya memberi izin..macam tak percaya..
Tapi betul ke dia adalah ADAM yang telah diciptakan tuk aku??ikatan couple yang kini telah menjadi semakin serius..mungkin dia jodohku..mungkin..tapi itu belum pasti selagi dia belum bergelar suami yang sah bagi aku..kalo itu yang diinginkan oleh semua, aku turutkan aje..persetujuan drpd kedua2 keluarga dan petunjuk dari istikharah yang aku buat menyakinkan aku tuk terima dia seadanya..seandainya dia yang telah ditakdirkan tuk aku..semuanya masih dalam perancangan..InsyaAllah kalo diizinkan penghujung 2011, aku dan dia akan mengikat tali pertunangan..mungkin terlalu awal tuk aku..baru umur 19 dah nak tunang..mungkin ada pihak yang akan cakap macam tu..tapi pedulikan kata orang..ikutlah cara Islam, itu yang lebih afdal..dan doa sentiasa mengiringi setiap keputusan yang aku buat..
No comments:
Post a Comment